Bina Banglo Atas Tanah Sendiri Secara Pinjaman LPPSA
Kontraktor Yang Dipercayai
NZR Properties merupakan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan juga SSM yang beroperasi di Selangor dan sedang meluaskan jajahan perkhidmatan kami di sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan
Pengasas NZR Properties
NZR Properties adalah Kontraktor Bina Banglo Secara Reka dan Bina di Selangor dan sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan (Tertakluk kawasan). Kami membantu pelanggan yang ingin bina rumah secara TUNAI atau PINJAMAN melalui Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk Kakitangan Awam yang layak.
NZR Properties membantu pelanggan membina Banglo kediaman yang cantik dan selesa untuk keluarga atas tanah sendiri secara Tunai atau secara Pinjaman LPPSA dari Idea hingga serah kunci.
NZR Properties sangat komited dan akan memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan.
Kelebihan Bina Banglo Dengan NZR Properties
Tempoh pembinaan yang Cepat.
Kami telus spesifikasi yang digunakan.
Pembinaan mengikut Kontrak Perjanjian Dan Jaminan Pembaikan Kecacatan.
PAKEJ 15K
Khas untuk pelanggan BINA BANGLO SECARA PINJAMAN LPPSA. Bayaran RM 15K secara berperingkat
Ramai kakitangan Awam yang ada tanah dan nak bina banglo atas tanah sendiri tapi tak tahu cara, tak tahu proses dan fikir tak mampu kerana anggap kos yang mahal untuk bina banglo. Sehubungan itu, kami nak bantu anda dengan menawarkan pakej yang sangat istimewa ini.
Kami akan buatkan untuk anda rekabentuk ‘design’ banglo ikut citarasa anda seperti konsep, keluasan, keperluan dan sesuaikan ikut kelayakan anda dan keperluan PBT / Majlis.
Kami akan buatkan lukisan untuk kemukaan ‘submission’ kepada PBT/ Majlis dan lukisan pembinaan akitek, jurutera sivil dan M&E. Kami akan sediakan lukisan perspektif 3D yang cantik untuk anda.
Pihak perunding akan bertanggungjawab dari rekabentuk sehingga kemukaan CCC (Certificate of Completion and Compliance).
Perunding yang bertauliah dan berpengalaman menguruskan dari rekabentuk hingga siap.
Peguam yang berdaftar dengan LPPSA yang akan menguruskan urusan pinjaman.
TERMA DAN SYARAT
Lokasi pembinaan hanya di Seluruh Selangor dan sebahagian Pahang dan Negeri Sembilan (Tertakluk kawasan)
Keluasan binaan minima 1,500kps
Tidak termasuk syarat tambahan dari PBT / Majlis (ikut keperluan Majlis)
Harga dari RM 170 skp (setingkat)
Harga bergantung kepada Rekabentuk, Lokasi dan Harga pasaran bahan binaan.
Berminat Nak Kami Bantu Bina Rumah Banglo Anda?
Kami Bina 10 buah Banglo sahaja setahun kerana kami amat komited untuk menjaga hasil kerja kami.
Jadi JANGAN BERLENGAH untuk Tempah Slot anda Sekarang!
ISI BORANG SEKARANG
ISI MAKLUMAT ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA DAN SPESIFIKASI
Soalan yang Sering Ditanya
Berapa lama proses Rekabentuk & 'Submission'
Rekabentuk dari asas hingga siap perincian mengambil masa anggaran 1 bulan ke 2 bulan bergantung komen pelanggan. ‘Submission’ ke OSC hingga dapat kelulusan PBT / Majlis anggaran 2 bulan hingga ke 4. Tempoh keseluruhan anggaran 3 bulan ke 6 bulan. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada PBT / Majlis
Berapa Kos untuk Rekabentuk & 'Submission'
Kos bergantung kepada Rekabentuk, keluasan, jenis rumah dan syarat majlis tempatan. Anggaran Kos dari RM 27K untuk rumah setingkat.
Berapa Kos Bina Banglo secara Tunai
Kos telah dijelaskan di dalam harga dan spesifikasi. Untuk lebih terperinci kos bergantung kepada Rekabentuk banglo setingkat atau 2 tingkat dan jenis bumbung serta kemasan, Jenis asas iaitu cerucuk atau ‘footing’, lokasi iaitu jauh dari jalan utama, spesifikasi tambahan oleh pelanggan dan harga pasaran semasa iaitu harga bahan binaan dan gaji pekerja.
Berapa lama boleh siap sebuah Banglo
Boleh tak NZR Properties uruskan dari Design hingga Banglo siap?
Ya, kami NZR PROPERTIES adalah Kontraktor Reka dan Bina Banglo. Kami bantu dengan kepakaran dan team kami dari idea, design hingga siap. Anda hanya perlu beri tahu kami keperluan rumah, saiz tanah, lawatan tapak dan bajet anda. Kami akan sediakan spesifikasi, sebutharga dan perjanjian. Seterusnya kami uruskan sampai siap.