Perkara ini semestinya menjadi masalah utama kerana jika rumah tidak menggunakan bahan yang berkualiti dan diiktiraf akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah keretakan rumah dan sebagainya.
Pada awalnya menjanjikan bulan dan bintang, akan tetapi akhirnya projek terbengkalai disebabkan salah urus oleh pihak kontraktor pembinaan.
Kami Akan Memastikan Setiap Progress Pembinaan Anda Mengikut Skop Kawalan Kualiti.
Kepuasan anda adalah keutamaan kami !
Dengan pengalaman syarikat NZR PROPERTIES lebih daripada 6 tahun dalam industri hartanah dan pembinaan, pelanggan telah meletakkan kepercayaan kepada kami untuk membina mahligai idaman yang mereka impikan. Dengan kepercayaan yang diberikan, kami akan memastikan setiap progress pembinaan rumah pelanggan kami sentiasa berjalan dengan lancar dari peringkat awal pembinaan sehingga peringkat akhir iaitu proses penyerahan kunci kepada pelanggan.
Kami menyediakan program kerja pelaksanaan projek yang berupaya untuk memastikan perancangan kerja harian dan aktiviti pemantauan dan pengawalan kemajuan kerja dapat dijalankan dengan berkesan. Penyediaan program kerja menggunakan perisian pengurusan projek iaitu BuilderTrend dapat memudahkan kami dan juga anda sebagai pelanggan kami mendapatkan maklumat dan perkembangan proses pembinaan rumah anda dari semasa ke semasa.
Kami juga mempunyai penyelia tapak yang bertauliah untuk mengawal selia dan menyemak mutu kerja di tapak pembinaan. Kami juga akan memastikan bahan binaan yang digunakan bermutu dan berkualiti.
Semasa progres rumah siap dibina, kami akan melakukan defect inspection sebanyak dua kali sebelum menyerahkan kunci kepada pelanggan bagi memastikan tiada kerosakan atau kecacatan pada bahagian dalam dan luar rumah.