Pakej Tanah dan Bina Rumah
Kepakaran NZR Properties
Cepat, Tepat & Cekap
Perunding Reka Bentuk Bangunan Mengikut Spesifikasi Standard Building By Law
Rundingan Secara Professional
Kami Memberi Jaminan Kepuasan & Kualiti Bagi Setiap Pelanggan Kami.
Membina Dan Memastikan Projek Pembinaan Mengikut Bajet Yang Tepat Mengikut Spesifikasi Dan Kualiti Bangunan. Sebutharga Dan Bil Kuantiti Mengikut Kos Kadar Semasa Yang Tepat
Menguruskan Pembiayaan Kewangan Pelanggan Untuk Loan Pembinaan Melalui Koperasi, LPPSA, KWSP Atau Bank
Klik Button Whatsapp DiBawah Untuk Info Pakej Tanah dan Rumah
Pening Kepala .. Isteri Nak Pakej Rumah Custom-Made Tapi Takda Tanah?
Pilih Tanah Lot Idaman dari NZR Properties Dan Pilih Pakej Rumah Yang Berkenan Di Hati!
Pakej tanah dan bina rumah yang ditawarkan NZR Properties ialah pakej dimana pelanggan yang tidak mempunyai tanah lot untuk pembinaan rumah boleh memilih lot-lot tanah banglo di lokasi-lokasi yang kami tawarkan di negeri Selangor. Tanah-tanah lot ini sudah mempunyai geran tanah lengkap dan siap sedia untuk diproses bagi pembinaan rumah banglo.
Maklumat lanjut lokasi lot-lot banglo kami yang tersedia boleh dilihat melalui senarai lokasi di bawah. Klik pada lokasi yang anda berminat untuk melihat gambar-gambar tapak, pembahagian lot, lokasi tanah, video lokasi dan gambar 360 ‘streetview’ tapak.
Bagi pembiayaan pula, sekiranya pelanggan berhasrat untuk memohon pinjaman perumahan awam melalui LPPSA atau permohonan KWSP (Bina Rumah), NZR Properties boleh bantu menguruskannya bagi pihak pelanggan.
“LEBIH 199 PELANGGAN”
Sudah “BERPUAS HATI”
“LEBIH 55 BANGLO SIAP”
Yang Dibina Oleh Kami !
Jika Anda Mencari Perunding Projek & Kontraktor Bina Rumah?
TAHNIAH !! Kerana Anda Sudah Menemui Kontraktor yang Berpengalaman Lebih 6 Tahun.
KELEBIHAN PAKEJ RUMAH IDAMAN dari NZR PROPERTIES
Pakej Tanah & Bina Rumah
Anda mencari rumah berserta tanah? Kami menyediakan pelbagai jenis variasi pelan rumah dan lokasi tanah untuk pilihan rumah idaman anda. Harga pakej rumah beserta tanah yang ditawarkan NZR Properties adalah mampu milik dan bermula pada harga yang menarik
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Anda inginkan sebuah rumah di atas tanah sendiri? Proses pembelian tanah lot dan pembinaan rumah akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak NZR Properties daripada A to Z.
Plan Mengikut Citarasa
Anda seorang yang kreatif dan inovatif? Memiliki jenis dan citarasa pelan rumah idaman sendiri? Kami menyediakan kepakaran untuk mereka pelan mengikut citarasa anda. Dengan pengalaman lebih 6 tahun membina rumah di seluruh Selangor, Kontraktor Bina Rumah NZR Properties mempunyai team pengurusan terbaik dan cekap dalam memastikan rumah anda siap sepenuhnya.
Guaman & Konsultasi
Kami menyediakan pakej lengkap pengurusan guaman dan konsultasi pada setiap Lokasi lot-lot tanah untuk dibina rumah yang ditawarkan oleh NZR Properties akan melalui proses penilaian yang ketat dan komprehensif.